Sila isi order form dan tunggu reply dari pihak kami dalam masa 48 jam dari tempoh mengisi form.

Jika anda menghantar 2-3 kali order form menggunakan email yg sama, email itu akan ke depan, dan kami tidak dapat cek order anda dahulu.

Jika ingin menambah order, isi order form baru dan tulis note, (tambahan order)

Di JCSAuthentics, anda boleh membayar lewat dengan memberitahu kami sebab dan boleh cancel jika anda bertukar fikiran.

Terma dan syarat


Untuk pelanggan yang cerewet dan suka marah-marah, 
kami tidak menggalakkan anda beli dari kami jika anda:

- tidak dapat bersabar menunggu reply email dari kami 
- tidak dapat terima hakikat bila barang dah tiada masa kami reply 
- tidak dapat terima jika tiba-tiba kami email mengatakan barang dah out stock atau rosak dan kami ingin refund
- tidak dapat terima jika tiba-tiba kami pos barang lambat atau refund duit lambat
- jika ragu-ragu dengan perniagaan kami 

A -  PENTING: Selepas pembayaran, wajib menghantar PRINT SKRIN bukti pembayaran samada melalui online banking, cash deposit machine atau melalui kaunter. Pembayaran online yang hanya meletakkan email jcsauthentics@gmail.com tidak akan diterima  – SANGAT PENTING DAN WAJIB!
Kegagalan melakukan perkara di atas, membuatkan kami lambat proses pembayaran dan pengeposan barang anda.
B – Jika anda menggunakan mesin cash deposit atau anda membayar di kaunter bank, SILA SCAN ATAU MMS gambar resit pembayaran kepada kami. No telefon akan kami beri semasa menghantar invoice.
Jangan sesekali tindih tulisan bank dengan pen atau pensel. Ini juga akan membuatkan resit itu tidak valid pada kami. 
C – Jangan lupa, lepas sahaja membuat bayaran, EMEL KAMI SEMULA untuk membuat pengesahan atas pembayaran anda!! Kegagalan anda untuk tidak mengesahkan pembayaran, membuatkan kami TIDAK DAPAT PROSES untuk pengeposan barang! Jadi, bukan salah kami jika anda tidak mendapat barang dalam tempoh yang sepatutnya.
D – Kami akan memberi anda Tracking Number pada email atau meletakkannya di website, selepas pengeposan dibuat. Jika tiba-tiba barang yang anda order tiada atau rosak, kami BERHAK mengembalikan duit anda semula atau menukar item dengan persetujuan kedua belah pihak.


PENUKARAN ITEM

A- Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
- rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak)
- pihak JCSAUTHENTICS tersalah pos barang

B- Jika ada item yang rosak atau pihak kami tersalah pos, kami akan membayar kepada anda kos pengeposan dari pihak anda dan kami akan menanggung kos di pihak kami juga.

Bukti Pembayaran: Kenapa Pentingnya menghantar print skrin attachment resit dan kami tidak lagi menerima bukti dengan hanya meletakkan email JCSAuthentics


SELEPAS MENDAPAT TRACKING NO

A- Pembeli seharusnya mengetahui dan faham bahawa selepas saja peniaga online memberi tracking no, Pos Malaysia dan pihak pembeli yang harus bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan, barang tidak dapat lagi dan sebagainya.

B- Pembeli online harus menerima risiko bahawa item yang dipos berkemungkinan hilang atau rosak disebabkan kecuaian pihak Pos Malaysia.

C- Tetapi anda tidak perlu risau, pihak kami akan tolong anda untuk trace item anda. Kadang-kadang item telah sampai ke tempat pembeli, tetapi pada masa Posmen hantar item, pihak pembeli tiada di alamat yg ditulis.

Perlu juga ingat, kadang-kadang pihak Posmen, tidak akan meletakkan notis bahawa mereka telah sampai ke rumah anda tetapi anda tiada. 

Jika item hilang, atau rosak, pembeli ada kuasa untuk meminta ganti rugi daripada POS MALAYSIA dan mereka seharusnya mengembalikan duit anda dengan kadar segera.

Jika barang tidak sampai bukan disebabkan kami tidak bagi tracking no, anda HARUS cek dengan Pos Malaysia dahulu. Jika Pos Malaysia mengatakan no track tiada dalam sistem/pengirim harus contact pos malaysia, barulah anda email kami untuk pengesahan. 


Jadi di bawah ini ialah link untuk anda trace parcel anda:

POS LAJU: http://202.185.150.100/emstrack/
POS REGISTER/DAFTAR: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_registered_mail.asp
POS BUNGKUSAN/PARCEL: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_e_parcel.asp


Selain pos laju, pos register/parcel/ekspress selalu tidak update dalam sistem pos malaysia.

Jika kami tidak beri anda tracking no, barulah anda email kami untuk pengesahan penghantaran.